Pengetahuan merupakan asas penting bagi seorang usahawan sebelum menceburi dunia perniagaan.  Pengetahuan tidak hanya pada asas perniagaan secara amnya tetapi juga asas didalam bidang perniagaan yang menjadi pilihan.  Manakala pengalaman merupakan pembelajaran yang paling baik dan berkesan bagi seorang usahawan.

Di Laila Mukhtar Management, kami menitikberatkan ilmu pengetahuan didalam diri bakal usahawan sebelum menceburi bidang perniagaan yang bakal diceburi.  Dan selain daripada pengetahuan, kami juga berkongsi pengalaman didalam dunia perniagaan bagi membimbing bakal usahawan didalam persiapan mereka sebelum menceburi dunia perniagaan yang berdaya saing ini kelak.

Mengenai Industri Dobi Di Malaysia.
Perniagaan dobi merupakan sebuah perniagaan yang sedang berkembang dengan pesatnya. Ini terjadi kerana terdapatnya permintaan bagi perkhidmatan yang ditawarkan.  Ini terdorong atas beberapa faktor antaranya;
  • Kesuntukkan Masa:  Ekonomi Malaysia kebelakangan ini membangun dengan pesatnya.  Dan ini secara tidak langsung telah mengubah cara hidup masyarakat Malaysia yang semakin lama semakin sibuk memenuhi tuntutan kerja dan sosial.
  •  Faktor Cuaca:  Faktor cuaca yang tidak menentu juga mendorong kepada pertumbuhan kepada perniagaan ini.
Jika dilihat pada waktu ini dianggarkan 5 buah kedai dobi secara purata akan dibuka didalam satu kawasan berikutan terdapatnya permintaan bagi perkhidmatan yang ditawarkan.

Tetapi tidak kurang juga terdapat banyak kedai dobi yang tutup tidak sampai tempoh satu tahun usia perniagaan. Ini terjadi atas beberapa faktor iaitu;
  • Melihat perniagaan dobi sebagai satu perniagaan yang mudah dengan membandingkan basuhan rutin dirumah,
  • Hanya melihat perniagaan dobi dari aspek keuntungan yang bakal diperolehi,
  • Melihat perniagaan dobi sebagai satu perniagaan/pendapatan sampingan,
  • Kurang persedian dari segi modal, pengetahuan, pengurusan am dan akaun syarikat,
  • Kurang memberi penekanan didalam aspek operasi harian perniagaan, pengurusan am dan akaun syarikat,
  • Kurang memberi penekanan didalam aspek pemasaran dan promosi.

Laila Mukhtar Management dengan ini telah merangka satu kursus yang komprehensif didalam usaha membantu usahawan dobi didalam mengharungi dunia perniagaan yang berdaya saing ini.  Yang kursus yang dianjurkan mengikut piawaian IFI (International Fabricare Institute) merupakan kursus latihan praktikal dijalankan di beberapa lokasi terpilih iaitu Kuala Lumpur, Johor, Terangganu, Kedah dan Sabah.  Ianya bertujuan memberi pengalaman kepada bakal usahawan dobi bagi aspek operasi harian perniagaan dobi, membimbing usahawan didalam aspek penubuhan syarikat, asas pentadbiran syarikat, asas perakaunan syarikat, sumber manusia (pekerja) dan aspek pemasaran bagi membantu usahawan didalam strategi pemasaran untuk bertahan didalam bidang perniagaan yang diceburi.

Selain daripada menganjurkan kursus keusahawanan dan motivasi bagi industri dobi tanah air, kami juga merupakan pembekal bagi mesin dan peralatan bagi perniagaan dobi.

Pemilihan mesin dan peralatan yang betul merupakan aspek penting bagi perniagaan dobi.  Ianya bergantung kepada jenis perniagaan dobi yang ingin diceburi samaada dobi runcit atau dobi komersial dan jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan oleh usahawan kepada pelanggan.  Memilih jenama dan kapasiti mesin dan peralatan juga adalah penting.  Kesilapan didalam pemilihan mesin dan peralatan dobi boleh mendorong kepada:
  • Tempoh pulangan modal akan menjadi lebih panjang daripada kebiasaan,
  •  Membataskan aspek pemasaran,
  •  Akan terdapat lambakan pada basuhan berikutan tiada kapasiti mesin dan peralatan yang bersesuaian.
leh itu bakal usahawan disarankan untuk memahami akan perniagaan dobi, jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan, jenis pemasaran yang ingin ditawarkan dan kepada siapa perkhidmatan ini ingin ditawarkan sebelum membuat sebarang pembelian mesin dan peralatan agar tidak berlaku kerugian dimasa akan datang.

Bagi mereka yang ingin menyertai kursus anjuran kami, digalakkan untuk membaca laman blog kami di SembangDobi dan BisikBisik sebagai persiapan awal untuk mengajukan soalan berkaitan dobi semasa hari kursus.